User Manual
111
Lampiran
. Skrin Monitor
• Jangan mengenakan tekanan yang kuat pada permukaan panel LCD
atau mengenakannya dengan hentakan yang kuat. Perbuatan itu boleh
menyebabkan keretakan pada kaca panel paparan dan menyebabkan
kecederaan pada diri sendiri.
• Jika skrin monitor retak, jangan menyentuh sebarang cecair di dalam
skrin monitor. Perbuatan itu mewujudkan risiko keradangan kulit.
• Jika cecair skrin monitor termasuk ke dalam mulut anda, segera
berkumur-kumur dan hubungi pakar perubatan anda.
• Jika cecair skrin monitor termasuk ke dalam mata atau terkena kulit
anda, segera basuh dengan air bersih selama 15 minit sekurang-
kurangnya dan hubungi pakar perubatan anda.
. Membuat Salinan Data Penting
• Sentiasa menyimpan salinan data penting dalam memori kamera
dengan memindahkannya ke komputer atau peranti simpanan lain.
Ingat bahawa data boleh terpadam jika kamera rosak, dibaiki dsb.
. Perlindungan Memori
• Apabila mengganti bateri, pastikan prosedur yang betul diikuti seperti
yang diterangkan dalam dokumen yang disertakan bersama kamera.
Salah menggantikan bateri boleh menyebabkan kerosakan atau
kehilangan data dalam memori kamera.
. Denyar dan Fungsi Mengeluarkan Cahaya Lain
• Jangan nyalakan denyar atau gunakan fungsi yang mengeluarkan
cahaya ke arah orang dan terlalu dekat dengan muka seseorang.
Perbuatan itu mewujudkan risiko kehilangan penglihatan. Bagi bayi dan
kanak-kanak khususnya, jauhkan sumber cahaya sekurang-kurangnya satu
meter dari mata.
• Jangan sentuh unit denyar ketika ia menyala. Perbuatan itu
mewujudkan risiko kecederaan melecur.
. Pengangkutan
• Apabila berada dalam pesawat atau kemudahan perubatan, patuhi
arahan orang yang bertugas. Gelombang elektromagnet dan isyarat lain
yang dipancarkan oleh kamera boleh menjejaskan peralatan lain.
*
AWAS
-
1
+
+
+
+
-
-
+