User Manual

109
Lampiran
. Terjatuh dan Layanan Kasar
Penggunaan berterusan kamera setelah ia rosak akibat terjatuh atau
layanan kasar lain mewujudkan risiko kebakaran dan kejutan elektrik.
Segera lakukan langkah berikut apabila wujud salah satu simptom di
atas.
1. Matikan kamera.
2. Jika anda menggunakan penyesuai USB-AC untuk menghidupkan kamera,
cabut palam kuasa daripada soket dinding. Juga, keluarkan bateri daripada
kamera, sambil berjaga-jaga melindungi diri anda daripada kecederaan
terbakar.
3. Hubungi peruncit atau pusat perkhidmatan sah CASIO terdekat anda.
. Kad Memori
Kad memori adalah kecil dan mempunyai risiko ditelan secara tidak
sengaja oleh bayi dan kanak-kanak. Jauhkan kad memori daripada bayi
dan kanak-kanak. Jika kad memori ditelan secara tidak sengaja,
hubungi doktor dengan segera.
. Peringatan apabila Kamera Dihidupkan
Jangan sentuh kamera untuk jangka masa yang lama ketika ia
dihidupkan. Kamera menjadi hangat apabila dihidupkan, dan sentuhan
jangka panjang mewujudkan risiko melecur suhu rendah.
*
AWAS
. Penyesuai USB-AC
Penyalahgunaan penyesuai USB-AC mewujudkan risiko kebakaran dan kejutan
elektrik. Pastikan anda mematuhi langkah berjaga-jaga berikut.
Jangan sekali-kali tutup penyesuai USB-AC atau kord kuasa dengan
seperai, selimut, atau penutup lain ketika ia sedang digunakan, dan
jangan gunakannya berhampiran dengan pemanas. Berbuat
demikian boleh mengganggu sinaran haba dan menyebabkan kawasan di
sekelilingnya menjadi panas.
Apabila mencabut palam daripada outlet dinding, jangan tarik pada kord
kuasa. Pegang palam kuasa dan tarik.
Jangan gunakan detergen apabila membersihkan kord kuasa (terutamanya
palam), penyesuai USB-AC (terutamanya bicu), atau kabel USB (terutamanya
palam).
Masukkan palam kuasa ke dalam outlet dinding setakat yang boleh.
Cabut palam kuasa daripada outlet dinding sebelum meninggalkan
kamera tanpa pengawasan untuk tempoh yang lama, seperti apabila
pergi melancong, dsb.
Sekurang-kurangnya setahun sekali, gunakan kain atau pembersih
hampagas untuk membersihkan sebarang habuk yang terkumpul pada
hujung palam kuasa dan dalam kawasan di sekitarnya.
*
AMARAN
-
+
+
-
+