User Manual
107
Lampiran
. Perlindungan Memori
• Apabila mengganti bateri, pastikan prosedur yang betul diikuti seperti
yang diterangkan dalam dokumen yang disertakan bersama kamera.
Salah menggantikan bateri boleh menyebabkan kerosakan atau
kehilangan data dalam memori kamera.
. Denyar dan Fungsi Mengeluarkan Cahaya Lain
• Jangan nyalakan denyar atau gunakan fungsi yang mengeluarkan
cahaya ke arah orang dan terlalu dekat dengan muka seseorang.
Perbuatan itu mewujudkan risiko kehilangan penglihatan. Bagi bayi dan
kanak-kanak khususnya, jauhkan sumber cahaya sekurang-kurangnya satu
meter dari mata.
. Pengangkutan
• Jangan mengendalikan kamera di dalam kapal terbang atau di mana
sahaja yang melarang pengendalian peranti sebegini. Penggunaan
yang tidak wajar mewujudkan risiko kemalangan serius.
*
AWAS
+
-
-