User manual - EX100_M29_FB (Malay (macrolanguage))

190
Tetapan Lain (SETTING)
[MENU] * Tab “¥ SETTING” * Auto Rotate (Putaran)
Tetapan ini boleh digunakan untuk mengkonfigurasi kamera untuk memaparkan imej
main semula dalam orientasi yang sama seperti kamera apabila imej ditangkap.
[MENU] * Tab “¥ SETTING” * File No. (No. Fail)
Gunakan prosedur berikut untuk menentukan peraturan yang mengawal penjanaan
nombor siri yang digunakan dalam nama fail (halaman 184).
Pengesanan Orientasi Imej dan Pemutaran Auto (Putar Auto)
On (Hidup)
Memutar imej yang dipaparkan mengikut orientasi kamera semasa
imej dirakamkan.
Off (Mati) Imej tidak diputar secara automatik.
Menentukan Peraturan Penjanaan Nombor Siri Nama Fail
(No. Fail)
Continue
(Teruskan)
Beritahu kamera untuk mengingati nombor fail terakhir yang
digunakan. Fail baru akan dinamakan menggunakan nombor
jujukan seterusnya, walaupun fail telah dipadam atau kad
memori kosong dimuatkan. Jika kad memori dimuatkan dan
sudah ada fail di dalam kad tersebut dan nombor jujukan
terbesar dalam nama fail sedia ada lebih besar daripada
nombor jujukan terbesar yang diingati kamera, penomboran
fail baru akan bermula daripada nombor jujukan terbesar
dalam nama fail kad memori campur 1.
Reset (Set Semula)
Mula semula nombor siri daripada 0001 apabila semua fail
dipadam atau apabila kad memori diganti dengan yang
kosong. Jika kad memori dimuat dan fail sudah ada dalam
kad, penomboran fail baru akan bermula daripada nombor
jujukan terbesar dalam nama fail kad memori campur 1.