User manual - EX100_M29_FB (Malay (macrolanguage))

125
Tetapan Lanjutan (REC MENU)
Fokus Auto dinyahdayakan apabila “MF” (Fokus Manual) dipilih untuk mod fokus
(halaman 50), walaupun anda memilih kawasan AF.
Memilih “O Tracking (Penjejakan)” boleh menyebabkan getaran dan hingar
berlaku kerana operasi kanta semasa menjejak subjek. Ini tidak bermakna berlaku
kerosakan.
Dengan beberapa pemandangan BEST SHOT, terdapat batasan penggunaan
tetapan kawasan AF. Disebabkan ini, anda mungkin tidak dapat menggunakan
tetapan tertentu atau anda mungkin tidak dapat menentukan sebarang tetapan
Kawasan AF.
Apabila Pengecaman Muka (halaman 123) dihidupkan, tanpa mengira tetapan
Kws AF semasa, pemfokusan “U Spot (Titik)” (tengah) akan digunakan secara
automatik apabila muka tidak dapat dikesan atas sebab tertentu.
Apabila “I Multi” dipilih sebagai tetapan kawasan AF, kekunci kiri dan kanan
menganjakkan kawasan fokus. Dalam hal ini, fungsi kekunci kiri dan kanan
ditetapkan dan tidak terjejas oleh tetapan Penyesuaian Kekunci “L/R Key (Kekunci
Kiri/Knn)” kamera (halaman 109).
Masuk ke Mod RKM * [MENU] * Tab “
r
REC MENU” *
Make-up Level (Tahap Mekap)
Untuk butiran, lihat prosedur Panel Kawalan pada halaman 54.
Masuk ke Mod RKM * [MENU] * Tab “
r
REC MENU” *
Continuous AF (AF Berterusan)
Apabila merakam syot kilat semasa “On (Hidup)” dipilih untuk AF Berterusan, Fokus
Auto dijalankan dan pemfokusan dikemas kini berterusan sehingga anda menekan
separuh butang pengatup.
Sebelum anda menekan separuh butang pengatup, kamera memfokus di bahagian
tengah skrin. Jika “Face Detection (Pengecaman Muka)” dihidupkan apabila anda
menekan separuh butang pengatup, pemfokusan dijalankan di kawasan muka
dikesan.
Merakam dengan AF Berterusan boleh menyebabkan getaran dan hingar berlaku
kerana operasi kanta. Ini tidak bermakna berlaku kerosakan.
Merakam Potret Indah (Tahap Mekap)
Merakam dengan Fokus Auto Berterusan (AF Berterusan)