User manual - EX100_M29_FB (Malay (macrolanguage))

121
Tetapan Lanjutan (REC MENU)
Masuk ke Mod RKM * [MENU] * Tab “
r
REC MENU” * Anti Shake
(Antigoncang)
Anda boleh menghidupkan ciri Antigoncang kamera untuk mengurangkan kekaburan
imej disebabkan oleh pergerakan subjek atau pergerakan kamera semasa merakam
subjek bergerak menggunakan telefoto, apabila merakam subjek yang bergerak
pantas atau apabila merakam di bawah keadaan pencahayaan kelam.
Hanya pembetulan goncangan kamera boleh digunakan semasa rakaman filem
FHD dan STD.
Pembetulan antigoncang tidak disokong semasa rakaman Filem Berkelajuan
Tinggi, Filem Seni HDR, atau Time Lapse (Selang Masa).
Apabila Antigoncang didayakan dan “Auto” dipilih untuk “ISO” (halaman 53),
kepekaan ISO, apertur, dan kelajuan pengatup tidak akan muncul di skrin monitor
apabila anda menekan separuh butang pengatup. Nilai-nilai ini akan kelihatan di
paparan imej sejurus selepas ia ditangkap.
Penggambaran dengan Antigoncang didayakan boleh menyebabkan imej
kelihatan agak kasar daripada biasa dan boleh menyebabkan sedikit kemerosotan
resolusi imej.
Antigoncang mungkin tidak boleh menghapuskan kesan pergerakan kamera atau
subjek apabila pergerakan terlalu kencang.
Antigoncang mungkin tidak berfungsi dengan baik apabila kamera dipasang pada
tripod. Matikan Antigoncang.
Walaupun “Strong (Kuat)” dipilih untuk tetapan Antigoncang, sesetengah keadaan
rakaman mungkin menyebabkan anda tidak dapat mendapat hasil Antigoncang
yang diingini.
Mengurangkan Kesan Pergerakan Kamera dan Subjek
(Antigoncang)
Tetapan
Paparan Ikon
Skrin RKM
Penerangan
Strong
(Kuat)
Semasa menggunakan pembetulan gegaran tangan,
kelajuan pengatup yang lebih daripada “Standard”
juga mengurangkan lagi kekaburan subjek. Selain itu,
kepekaan ISO boleh ditingkatkan daripada “Standard”.
Tetapan ini boleh digunakan semasa mod rakaman
adalah Program Auto (Auto Program) (kecuali untuk
CS Berkelajuan Tinggi), Premium Auto Pro (PRO Auto
Premium) atau HS Anti Shake (Antigoncang HS).
Standard
Mengurangkan kesan pergerakan tangan dan subjek
dengan ketara.
Off (Mati) Tiada Matikan tetapan Antigoncang.