User manual - EX100_M29_FB (Malay (macrolanguage))
113
Tetapan Lanjutan (REC MENU)
• Histogram terpusat tidak semestinya menjamin pendedahan optimum. Imej yang
dirakam mungkin terlebih dedahan atau terkurang dedahan, walaupun
histogramnya terpusat.
• Disebabkan oleh keterbatasan keamatan pendedahan, anda mungkin tidak boleh
mencapai konfigurasi histogram optimum.
Masuk ke Mod RKM * [MENU] * Tab “
r
REC MENU” *
Review (Semak Semula)
Semasa Semak Semula diaktifkan, kamera akan memaparkan imej selama satu saat
dengan serta-merta selepas ia dirakam. Nota, bagaimanapun, imej itu kekal pada
skrin monitor hanya apabila pilihan “Type 4 (Jenis 4)” dipilih.
• Apabila merakam dengan sesetengah fungsi sementara “Type 1 (Jenis 1)” dipilih
untuk “Review (Semak Semula)” akan menyebabkan mesej “Busy... Please wait...
(Sedang sibuk... Sila tunggu...)” muncul selepas anda menekan butang pengatup.
Perakaman imej lain dinyahdayakan semasa mesej ini dipaparkan. Tunggu
sebentar sehingga proses yang dijalankan selesai.
• Imej Semak mungkin tidak muncul apabila merakam dengan sesetengah mod
rakaman.
• Apabila merakam dengan “Intelligent Bracketing (Kumpulan Pintar)”, “High Speed
CS (Kelajuan Tinggi CS)”, atau “AF CS” atau “Triple Shot (Syot Tigaan)”, imej
Semak dipaparkan sebagai “Type 2 (Jenis 2)” jika “Type 1 (Jenis 1)” dipilih sebagai
jenis imej Semak.
• Merakam imej “ART SHOT” semasa “On (Hidup)” dipilih untuk tetapan “Double
(HDR Art) (Berganda (Seni HDR))” dan Semak didayakan akan menyebabkan imej
“ART SHOT” dan imej normal dipaparkan sebagai imej Semak.
• Apabila “Type 4 (Jenis 4)” dipilih untuk tetapan “Review (Semak Semula)”,
melakukan salah satu daripada operasi di bawah akan memadamkan imej semak
yang sedang dipaparkan.
– Memasuki mod MAIN
– Mematikan kamera
Menghidupkan Semak Semula Imej (Smk Semula)
Type 1 (Jenis 1) Memaparkan pandangan skrin penuh imej.
Type 2 (Jenis 2),
Type 3 (Jenis 3)
Memaparkan pandangan skrin separa imej. Perbezaan antara
Jenis 2 dengan Jenis 3 ialah cara imej muncul di paparan.
Type 4 (Jenis 4)
Memaparkan imej di sepanjang bahagian kanan dan bawah
skrin monitor. Imej terbaru sentiasa ditunjukkan di bahagian
atas kanan.
Off (Mati) Mematikan paparan imej semakan










