User manual - EX100_M29_FB (Malay (macrolanguage))

111
Tetapan Lanjutan (REC MENU)
Masuk ke Mod RKM * [MENU] * Tab “
r
REC MENU” *
Shooting Info (Maklumat Rakaman)
Anda boleh gunakan prosedur di atas bagi memaparkan grid atau histogram, atau
julat rakaman filem di skrin monitor semasa rakaman.
Menukar Skrin Monitor semasa Merakam
(Shooting Info (Maklumat Rakaman))
Grid
Memilih “On (Hidup)” untuk tetapan ini
memaparkan garisan grid di skrin
monitor. Garisan grid memberikan
rujukan yang membantu anda
memastikan kamera lurus menegak
atau melintang.
Histogram
Memilih “On (Hidup)” untuk tetapan ini
memaparkan histogram di skrin
monitor. Histogram ini membolehkan
anda melihat maklumat pendedahan
semasa merakam.
Penggunaan denyar dan keadaan penggambaran tertentu
boleh menyebabkan histogram menunjukkan pendedahan
yang berbeza daripada pendedahan sebenar imej semasa ia
ditangkap.
Histogram tidak boleh dipaparkan semasa rakaman filem.
Electronic
Level (Aras
Elektronik)
Apabila tetapan ini adalah “On
(Hidup)”, garisan di skrin monitor
menunjukkan kesengetan kiri/kanan
dan depan/belakang kamera semasa.
Garisan berubah kepada warna biru
apabila kamera rata (tidak senget ke
kiri/kanan dan depan/belakang).
Tahap elektronik tidak dipaparkan semasa rakaman filem dan
semasa menangkap dengan beberapa pemandangan BEST
SHOT.
Ambil perhatian bahawa tahap elektronik mempunyai margin
ralat ±1 darjah. Ia bertujuan untuk digunakan sebagai panduan
kasar sahaja.
Histogram
Garisan