User manual
88
Merakam Filem
• Perhatian, denyar tidak boleh digunakan apabila merakam Syot kilat dalam Filem.
• Perhatian, menangkap syot kilat semasa merakam filem disokong semasa
rakaman filem FHD dan STD sahaja. Ia tidak disokong semasa rakaman filem jenis
lain.
• Syot kilat yang ditangkap dengan Syot Kilat dalam Filem tidak boleh difokuskan
satu per satu. Fokusnya sama dengan fokus filem yang sedang dirakam.
• Medan pandangan tangkapan syot kilat semasa rakaman filem FHD berlangsung
lebih lebar berbanding medan pandangan filem FHD.
• Kualiti imej syot kilat secara automatik bertukar kepada “Normal”.
• Mod rakaman P (Program Auto (Auto Program)) digunakan apabila anda
menangkap syot kilat semasa rakaman filem.
• Anda tidak boleh menangkap dengan Syot Kilat dalam Filem semasa rakaman
Bebas Tangan atau Selang Masa berlangsung.