User manual

87
Merakam Filem
Operasi tetapan semula (halaman 194) mengembalikan “Interval (Selang)” dan
“Total Time (Jumlah Masa)” kepada tetapan lalai awalnya. Setiap pemandangan
Selang Masa mempunyai tetapan “Interval (Selang)” dan “Total Time (Jumlah
Masa)” uniknya sendiri.
Untuk melaraskan kecerahan semasa merakam dengan Selang Masa “Night
Scene (Pemandangan Malam)”, gunakan “
” (Shutter Speed (Kelajuan
Pengatup)) di Panel Kawalan (halaman 44) bagi melaraskan kelajuan pengatup.
. Menggunakan Skrin Maklumat Pemandangan
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pemandangan,
pilih pemandangan itu menggunakan sempadan pada menu
pemandangan, dan kemudian putar pengawal zum ke
mana-mana arah.
Untuk kembali ke menu pemandangan, putar pengawal
zum semula.
Untuk menatal antara pemandangan, gunakan [4] dan
[6].
Untuk mengkonfigurasi kamera dengan tetapan bagi pemandangan yang sedang
dipilih, tekan [SET].
Anda boleh menangkap syot kilat semasa rakaman filem berlangsung.
Semasa kamera berada dalam mod Syot Tunggal, anda boleh menangkap syot kilat
satu per satu. Dalam mod CS, menekan dan menahan butang pengatup akan
merakam sehingga tujuh imej berturutan pada kelajuan lebih kurang 10 imej per saat
(fps). Anda boleh menangkap maksimum 28 imej semasa satu operasi rakaman
filem.
Merakam Syot Kilat semasa Merakam Filem
(Syot Kilang dalam Filem)
1. Semasa filem sedang dirakam, tekan butang
pengatup.
Dalam mod CS, imej terus ditangkap selagi anda
menekan butang pengatup.
Semasa rakaman filem berlangsung, anda boleh
bertukar-tukar antara Mod Syot Tunggal dengan
Mod CS dengan menekan [4], [6], atau [SET].
Perhatian, menukar mod dengan kaedah ini hanya
boleh dilakukan semasa rakaman filem. Mod CS
ditunjukkan apabila berwarna putih (di skrin
monitor), dan Mod Syot Tunggal dipilih apabila t
berwarna putih.
Bilangan syot kilat boleh
dirakam
Mod rakaman
syot kilat