User manual
57
Tutorial Syot Kilat
• Mod denyar > (Auto Flash (Denyar Auto)) dan denyar ¥ (Red Eye Reduction
(Kurangkan Mata Merah)) tidak disokong semasa A, S, atau M dipilih untuk mod
rakaman. Jika anda ingin denyar dinyalakan, pilih < (Flash On (Denyar Hidup))
sebagai mod denyar.
Pengurangan Mata Merah
Menggunakan denyar untuk menangkap gambar pada waktu malam atau di bilik
yang suram boleh menyebabkan tompok merah di dalam mata orang yang berada
dalam imej. Ini terjadi apabila lampu daripada denyar dipantulkan oleh retina mata.
Apabila pengurangan mata merah dipilih sebagai mod denyar, kamera menyalakan
pra-denyar untuk membuat iris di dalam mata orang dalam imej tertutup, lantas
mengurangkan kemungkinan mata merah.
Ambil perhatian mengenai perkara penting berikut apabila menggunakan
pengurangan mata merah.
• Pengurangan mata merah tidak berkesan melainkan orang dalam imej
memandang tepat pada kamera (denyar).
• Pengurangan mata merah mungkin tidak berkesan jika subjek berada terlalu jauh
daripada kamera.
Mod permeteran menentukan bahagian mana subjek yang dimeterkan untuk
pendedahan.
1. Dalam mod RKM, tekan [SET].
2. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih opsyen Panel Kawalan
(Metering (Permeteran)) dan kemudian tekan [SET].
3. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih tetapan yang anda mahu dan
kemudian tekan [SET].
Menentukan Mod Permeteran (Permeteran)
Tetapan
Paparan Ikon
Skrin RKM
Penerangan
Multi Tiada
Permeteran berbilang corak membahagikan imej
kepada beberapa bahagian dan mengukur cahaya
dalam setiap bahagian untuk pembacaan
pendedahan yang seimbang. Jenis permeteran ini
memberikan tetapan pendedahan bebas ralat
untuk pelbagai keadaan penggambaran.
Center
Weighted
(Berpusat)
Permeteran berpusat tengah menumpukan di
tengah-tengah kawasan fokus untuk mengukur
cahaya. Jenis permeteran ini adalah paling baik
apabila anda mahu mempunyai sedikit kawalan ke
atas kontras.
B
N