User manual
39
Asas Mula Pantas
Jika memori telah penuh, anda boleh memadam tangkapan gambar dan filem yang
tidak lagi anda perlukan untuk membebaskan storan dan merakam lebih banyak imej.
• Ingat bahawa operasi padam fail (imej) tidak boleh dibuat asal.
• Untuk maklumat tentang imej yang dirakam menggunakan pengatup berterusan
(CS), lihat halaman 131.
• Jika anda memilih “Disabled (Dinyahaktif)” untuk tetapan “Delete Key (Kekunci
Padam)” di menu “
¥
SETTING” (halaman 189), menu padam tidak akan muncul
apabila anda menekan [2] ( ) (Padam). Anda boleh memadam fail hanya
apabila “Enabled (Dayakan)” dipilih untuk “Delete Key (Kekunci Padam)”.
. Untuk memadam satu fail
1. Tekan [p] (MAIN) untuk memasuki mod MAIN dan
kemudian tekan [2] ( ).
2. Gunakan [4] dan [6] untuk menatal fail sehingga fail
yang anda mahu padam dipaparkan.
3. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Delete (Padam)” dan kemudian
tekan [SET].
• Untuk memadam fail lain, ulang langkah 2 dan 3.
• Untuk keluar daripada operasi padam, tekan [MENU].
• Jika kumpulan CS (halaman 128) atau kumpulan pengurungan (halaman 129)
dipaparkan semasa anda menjalankan prosedur di atas, kesemua imej dalam
kumpulan yang sedang dipaparkan akan dipadam.
. Untuk memadam fail tertentu
1. Tekan [p] (MAIN) untuk memasuki mod MAIN dan kemudian tekan
[2] ( ).
2. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Delete Files (Padam Fail)” dan
kemudian tekan [SET].
• Ini memaparkan skrin permilihan fail.
3. Gunakan [8], [2], [4] dan [6] untuk menggerakkan sempadan
pemilihan ke fail yang anda mahu padam dan kemudian tekan [SET].
• Ini akan menandakan petak semak di sudut kiri bawah imej fail yang dipilih dan
menggerakkan sempadan biru ke imej seterusnya.
• Anda boleh besarkan imej yang dipilih sebelum memadamnya dengan
memutar pengawal zum ke arah z ([).
Memadam Syot Kilat dan Filem