User manual - EX10_M29_FB (Malay (macrolanguage))

88
Merakam Filem
Perhatian, denyar tidak boleh digunakan apabila merakam Syot kilat dalam Filem.
Perhatian, menangkap syot kilat semasa merakam filem disokong semasa
rakaman filem FHD dan STD sahaja. Ia tidak disokong semasa rakaman filem jenis
lain.
Syot kilat yang ditangkap dengan Syot Kilat dalam Filem tidak boleh difokuskan
satu per satu. Fokusnya sama dengan fokus filem yang sedang dirakam.
Medan pandangan tangkapan syot kilat semasa rakaman filem FHD berlangsung
lebih lebar berbanding medan pandangan filem FHD.
Kualiti imej syot kilat secara automatik bertukar kepada “Normal”.
Mod rakaman P (Program Auto (Auto Program)) digunakan apabila anda
menangkap syot kilat semasa rakaman filem.
Anda tidak boleh menangkap dengan Syot Kilat dalam Filem semasa rakaman
Bebas Tangan atau Selang Masa berlangsung.