User manual - EX10_M29_FB (Malay (macrolanguage))

86
Merakam Filem
7. Tekan [SET].
Tetapan Selang Masa ditunjukkan di bahagian
bawah skrin.
8. Tekan butang pengatup untuk memulakan
rakaman.
Rakaman diulang pada selang masa yang
ditetapkan dalam langkah 6.
Rakaman berhenti apabila masa rakaman yang
ditetapkan dalam langkah 6 berlalu atau
apabila butang pengatup ditekan sekali lagi.
Baki masa rakaman tidak dipaparkan apabila
tetapan “ Total Time (Jumlah Masa)” ialah
“Off (Mati)”.
Semasa rakaman Selang Masa, skrin monitor akan mati mengikut tetapan “Sleep
(Tidur)” (halaman 188). Tukar tetapan “Sleep (Tidur)” kepada “Off (Mati)” jika anda
mahu skrin monitor terus hidup. Namun, sila ambil perhatian, tetapan ini akan
menghabiskan kuasa bateri dengan lebih cepat.
Jika tidur didayakan (halaman 188), skrin monitor akan mati selepas tempoh tidur
yang dipraset jika tiada operasi kamera dijalankan, tetapi operasi rakaman selang
masa akan diteruskan. Lampu belakang kamera akan berkelip-kelip pada masa ini.
Menjalankan sebarang operasi semasa skrin monitor kosong akan
menghidupkannya semula. Namun, operasi berikut tidak akan menghidupkan
semula skrin monitor.
Menekan [ON/OFF] (Kuasa)
Menekan butang pengatup sepenuhnya
Memutar dail mod
Fungsi berikut tidak boleh digunakan dengan fungsi ini.
Single SR Zoom (Zum SR Tunggal), Anti Shake (Antigoncang), Lighting
(Pencahayaan), Continuous AF (AF Berterusan), Pemasa Kendiri Tigaan,
Handsfree (Bebas Tangan), Face Detection (Pengecaman Muka), Metering
(Permeteran), ISO, ISO High Limit (Had Tinggi ISO), Make-up (Mekap), Review
(Semak Semula)
Kadar bingkai main semula filem yang dirakam dengan fungsi ini ialah 20 fps.
Kualiti filem bergantung pada pemandangan yang anda gunakan.
Pemandangan 1 hingga 6: FHD
Pemandangan 7 hingga 11: HD
Perhatian, audio tidak dirakam semasa merakam dengan fungsi ini.
Kamera boleh dikonfigurasikan untuk memainkan filem Selang Masa sahaja
semasa pertunjukan slaid (halaman 140).
Apabila menggunakan “HDR Art (Seni HDR)” untuk rakaman filem, keamatan
kesan seni ditetapkan mengikut tetapan filem.
Anda tidak boleh menangkap syot kilat dengan menekan butang pengatup semasa
rakaman selang masa sedang berlangsung (Syot Kilat dalam Filem).
Selang
Jumlah Masa
Pemandangan
Baki masa rakaman
Masa rakaman