User manual - EX10_M29_FB (Malay (macrolanguage))
78
Merakam Filem
Merakam Filem
Prosedur berikut menjelaskan cara merakam filem standard (STD).
Kamera ini menyokong rakaman filem PRO Auto Premium (halaman 79).
Lihat halaman yang ditunjukkan di bawah untuk maklumat lanjut tentang filem.
Filem berdefinisi tinggi (filem FHD): halaman 81
Filem berkelajuan tinggi (filem HS): halaman 81
1. Jajarkan dail mod dengan [P] (Program
Auto (Auto Program)) atau [Ÿ] (Premium
Auto Pro (PRO Auto Premium)).
2. Tekan [MENU].
3. Tekan [4], gunakan [8] dan [2] untuk
memilih tab “
r
REC MENU”, dan
kemudian tekan [SET].
4. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih
“Movie Quality (Kualiti Filem)” dan
kemudian tekan [6].
5. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “STD” dan kemudian tekan [SET].
• Rakaman dijalankan dengan nisbah bidang 4:3, dan saiz imej 640
x
480 piksel,
dan kadar bingkai 30 bingkai per saat (Filem STD). Tetapan saiz imej tidak
boleh diubah.
• Julat rakaman filem lebih kecil berbanding julat syot kilat. Anda boleh
memaparkan julat rakaman filem dengan “Shooting Info (Maklumat Rakaman)”
(halaman 122).
6. Halakan kamera pada subjek dan kemudian
tekan [0] (Filem).
Ini akan memulakan rakaman dan memaparkan
Y pada skrin monitor.
Rakaman filem menyertakan audio stereo.
7. Tekan [0] (Filem) semula untuk
memberhentikan rakaman.
• Setiap filem boleh mencecah 29 minit. Rakaman
filem berhenti secara automatik selepas
rakaman selama 29 minit. Rakaman filem juga
akan berhenti secara automatik jika memori
penuh sebelum anda memberhentikan rakaman
filem dengan menekan [0] (Filem) sekali lagi.
Untuk merakam filem
[0] (Filem)
[MENU]
[SET]
[8][2][4][6]
Dail mod
Masa rakaman
Baki masa rakaman
(halaman 223)