User manual - EX10_M29_FB (Malay (macrolanguage))

69
Tutorial Syot Kilat
AF CS merakam sehingga 30 imej CS sambil memfokus subjek. Ciri ini amat berguna
apabila merakam kanak-kanak dan subjek lain yang bergerak laju.
Kelajuan CS dilaraskan secara automatik mengikut keadaan rakaman dalam julat
tiga hingga enam bingkai per saat.
1. Jajarkan dail mod dengan [P] (Program Auto (Auto Program)).
2. Tekan [MENU].
3. Tekan [4], gunakan [8] dan [2] untuk memilih tab
r
REC MENU”,
dan kemudian tekan [6].
4. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “CS” dan kemudian tekan [SET].
5. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “AF CS” dan kemudian tekan
[SET].
Ini akan menyebabkan ikon mod rakaman pada skrin menjadi Ú.
6. Tekan butang pengatup sepenuhnya.
Tekan dan tahan butang pengatup bagi merakam sehingga 30 imej pada
kelajuan tinggi.
Anda boleh menggunakan salah satu daripada mod rakaman untuk menangkap
dengan AF CS: mod A (Aperture AE (Apertur AE)), mod S (Shutter Speed AE (AE
Kelajuan Pengatup)), mod M (Manual Exposure (Pendedahan Manual)).
Zum dinyahdayakan semasa operasi pengatup berterusan.
Saiz imej berikut tidak boleh dipilih semasa menangkap dengan Fokus Auto CS:
RAW+JPEG, 3:2, 16:9. Jika anda memilih AF CS semasa satu daripada saiz imej
ini dipilih, kamera akan menukar tetapan saiz imej kepada 12 M secara automatik.
Ciri kamera berikut tidak boleh digunakan semasa merakam dengan Fokus Auto
CS: Handsfree (Bebas Tangan), Pemasa Kendiri Tigaan, Single SR Zoom (Zum
SR Tunggal).
Tetapan dalam jadual di bawah adalah tetap apabila merakam dengan AF CS.
Menggunakan Pengatup Berterusan dengan Fokus Auto
(AF CS)
Image Quality (Kualiti Imej) Normal
Flash (Denyar) Flash Off (Denyar Mati)
Mod Fokus AF
AF Area (Kws AF) Spot (Titik)