User manual - EX10_M29_FB (Malay (macrolanguage))
68
Tutorial Syot Kilat
• Anda boleh menggunakan salah satu daripada mod rakaman untuk menangkap
dengan AF CS: mod A (Aperture AE (Apertur AE)), mod S (Shutter Speed AE (AE
Kelajuan Pengatup)), mod M (Manual Exposure (Pendedahan Manual)).
• Lebih banyak bilangan syot, lebih lama masa yang diambil untuk menyimpannya
selepas rakaman selesai.
• Apabila menggunakan mod pengatup berterusan, pastikan kamera tidak bergerak
sehingga rakaman selesai.
• Zum dinyahdayakan semasa operasi pengatup berterusan.
• Apabila merakam dengan fungsi ini, kualiti imej syot kilat bertukar kepada “Normal”
secara automatik.
• Apabila merakam dengan fungsi ini, pendedahan dan fokus untuk imej pertama
digunakan untuk imej seterusnya juga.
• Apabila merakam dengan fungsi ini, tetapan denyar secara automatik menjadi
? (Flash Off (Denyar Mati)).
• Saiz imej berikut tidak boleh dipilih semasa merakam dengan fungsi ini:
RAW+JPEG, 3:2, 16:9. Memasuki mod CS Kelajuan Tinggi semasa mana-mana
saiz imej ini dipilih akan menyebabkan tetapan saiz imej bertukar kepada “12 M”
secara automatik.
• Fungsi yang berikut tidak boleh digunakan apabila menangkap dengan fungsi ini.
Handsfree (Bebas Tangan), Pemasa Kendiri Tigaan, Multi SR Zoom (Zum
Berbilang SR)
• Pemasa Kendiri tidak boleh digunakan dalam mod CS Prarakam.
• Zum SR Tunggal tidak boleh digunakan apabila merakam dengan fungsi ini.
• Jika anda tetapkan “CS” kepada tetapan Penyesuaian Kekunci “U/D Key (Kekunci
Atas/Bwh)” (halaman 107), anda boleh mengubah mod CS dengan menekan
kekunci [8] atau [2]. Jika anda tetapkan “CS” kepada tetapan “L/R Key (Kekunci
Kiri/Knn)”, anda boleh mengubah mod CS dengan menekan kekunci [4] atau [6].