User manual - EX10_M29_FB (Malay (macrolanguage))

64
Tutorial Syot Kilat
4. Pilih pemandangan kelompok yang anda mahu gunakan dan kemudian
tekan [SET].
Pemandangan kelompok 1 hingga 4 menggunakan persediaan penangkapan
tetap. Terus ke langkah 8.
Pemandangan kelompok 5 hingga 17 menggunakan persediaan penangkapan
boleh laras. Terus ke langkah 5.
5. Tekan [SET], dan kemudian gunakan [8] dan [2] untuk memilih
pilihan Panel Kawalan , dan kemudian tekan [SET].
6. Laraskan persediaan penangkapan seperti
yang anda inginkan.
Dengan pemandangan 5 hingga 12, anda boleh
melaraskan tetapan paksi mendatar sahaja.
Dengan pemandangan 13 hingga 17, anda boleh
melaraskan tetapan kurungan paksi mendatar dan
menegak.
Untuk membatalkan tetapan dan kembali kepada tunggu sedia rakam, tekan
[MENU].
7. Untuk menggunakan tetapan anda dan keluar
dari pelarasan persediaan penangkapan, tekan
[SET].
Tetapan yang anda konfigurasikan muncul di
bahagian kiri skrin monitor.
8. Tekan butang pengatup untuk menangkap
gambar.
Fungsi berikut tidak boleh digunakan dengan fungsi ini.
Zoom (SR) (Zum (SR)), Make-up Level (Tahap Mekap), Flash (Denyar), Pemasa
Kendiri Tigaan, Handsfree (Bebas Tangan), Remote Capture (Tangkapan Jauh),
High Speed CS (CS Berkelajuan Tinggi), AF CS, rakaman filem
Apabila merakam dengan fungsi ini, kualiti imej syot kilat bertukar kepada “Normal”
secara automatik.
Kekunci [4] dan [6],
atau gelang fungsi
Laraskan tetapan kurungan
paksi mendatar.
Kekunci [8] dan
[2], atau dail
kawalan
Laraskan tetapan kurungan
paksi menegak.
Paksi mendatar
Paksi menegak
Tetapan