User manual - EX10_M29_FB (Malay (macrolanguage))

51
Tutorial Syot Kilat
Menggunakan Kunci Fokus
“Kunci fokus” ialah teknik yang anda boleh gunakan
apabila anda mahu menggubah imej di mana subjek yang
ingin anda fokuskan tidak berada dalam bingkai fokus di
tengah skrin.
Untuk menggunakan kunci fokus, pilih “U Spot (Titik)”
atau “O Tracking (Penjejakan)” untuk kawasan Auto
Fokus (halaman 117).
1. Jajarkan bingkai fokus skrin monitor dengan
subjek yang anda mahu fokuskan dan
kemudian tekan butang pengatup sehingga
separuh.
2. Dengan butang pengatup masih ditekan
separuh (yang mengekalkan tetapan fokus),
alih kamera untuk menggubah imej.
Apabila “O Tracking (Penjejakan)” dipilih sebagai
kawasan Auto Fokus, bingkai fokus akan bergerak
secara automatik dan mengikut subjek.
3. Apabila anda telah bersedia untuk menangkap imej, tekan butang
pengatup sepenuhnya.
Kunci fokus juga mengunci pendedahan (AE).
Kepekaan ISO ialah ukuran kepekaan pada cahaya.
1. Dalam mod RKM, tekan [SET].
2. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih opsyen Panel Kawalan (ISO)
dan kemudian tekan [SET].
Menentukan Kepekaan ISO (ISO)
Subjek untuk difokuskan
Bingkai fokus