User manual - EX10_M29_FB (Malay (macrolanguage))
218
Lampiran
Lain-lain
Tarikh dan masa
yang salah
dipaparkan, atau
tarikh dan masa
yang salah
disimpan bersama
data imej.
Tetapan tarikh dan masa adalah salah. Tetapkan tarikh dan
masa yang betul (halaman 191).
Mesej yang
dipaparkan adalah
dalam bahasa
yang salah.
Bahasa paparan yang salah telah dipilih. Tukar tetapan bahasa
paparan (halaman 192).
Imej tidak boleh
dipindah melalui
sambungan USB.
1)Kabel USB mungkin tidak disambungkan dengan betul.
Periksa semua sambungan.
2)Protokol komunikasi USB yang salah telah dipilih. Pilih
komunikasi protokol USB yang betul mengikut jenis peranti
yang anda sambungkan (halaman 175, 178).
3)Jika kamera tidak dihidupkan, hidupkannya.
4)Komputer anda mungkin tidak dapat mengenali kamera jika
anda menyambung melalui hab USB. Sentiasa bersambung
terus dengan port USB komputer.
5)Komunikasi USB mungkin tidak boleh dilakukan apabila
penunjuk tahap bateri adalah . Caj bateri sebelum
membuat sambungan.
Skrin pilihan
bahasa muncul bila
kamera
dihidupkan.
1)Anda tidak mengkonfigurasi tetapan awal selepas membeli
kamera atau mungkin bateri dalam kamera telah mati.
Konfigurasikan tetapan yang betul (halaman 27, 192).
2)Mungkin terdapat masalah dengan data memori kamera. Jika
ini adalah kesnya, lakukan operasi set semula untuk
mengasal persediaan kamera (halaman 194). Setelah itu,
konfigurasi setiap tetapan. Jika skrin pilihan bahasa tidak
muncul semula apabila anda menghidupkan kamera, ia
bermakna data pengurusan memori kamera telah dipulihkan.
Jika mesej yang sama muncul selepas anda menghidupkan
kuasa, hubungi peruncit anda atau pusat perkhidmatan sah
CASIO.
Terdapat pelbagai
penunjuk dan nilai
pada skrin monitor.
Skrin monitor menunjukkan penunjuk dan maklumat lain
tentang keadaan tangkapan dan imej yang anda sedang rakam.
Anda boleh menggunakan [8] (DISP) untuk memilih maklumat
yang anda ingin sertakan pada paparan (halaman 13).
Masalah Kemungkinan Penyebab dan Saranan Tindakan