User manual - EX10_M29_FB (Malay (macrolanguage))
206
Lampiran
Menyambung kepada LAN awam
Produk ini tidak menyokong sambungan LAN wayarles dalam persekitaran LAN
wayarles awam.
Kawasan Penggunaan Sasaran
1)Fungsi LAN wayarles kamera ini disediakan untuk penggunaan di negara dan kawasan
geografi di bawah.
Hong Kong, Singapura, Thailand, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Paraguay, Venezuela,
Panama, Jerman, Austria, Perancis, Belanda, Sepanyol, Itali, Sweden, Denmark,
Slovakia, Poland, dan Norway
2)Kelulusan untuk penggunaan menurut peraturan radio di negara dan kawasan geografi
di bawah diberikan hanya apabila kamera dibeli di negara atau kawasan geografi
tersebut.
Taiwan, Indonesia, Malaysia, dan Korea Selatan
. Membuang atau Memindah Pemilikan Kad Memori atau Kamera
Fungsi format dan padam kamera tidak benar-benar memadamkan fail daripada kad
memori. Data asal kekal pada kad. Harap maklum bahawa tanggungjawab untuk
data pada kad memori terletak di bahu anda. Prosedur berikut disarankan setiap kali
anda membuang kad memori atau kamera atau jika anda memindahkan hak milik
kepada pihak lain.
• Apabila membuang kad memori, musnahkan kad memori itu secara fizikal atau
guna perisian memadam data yang tersedia secara komersil untuk memadam
terus data pada kad memori.
• Apabila memindah hak milik kad memori kepada pihak lain, guna perisian
memadam data yang tersedia secara komersil untuk memadam terus datanya.
• Gunakan fungsi format (halaman 194) untuk memadam terus data daripada
memori terbina dalam sebelum membuang atau memindah hak milik kamera.
. Peringatan Lain
Kamera mungkin menjadi panas sedikit semasa digunakan. Ini perkara biasa dan
tidak bermakna kerosakan.