User manual - EX10_M29_FB (Malay (macrolanguage))
187
Tetapan Lain (SETTING)
[MENU] * Tab “¥ SETTING” * Auto Rotate (Putar Auto)
Tetapan ini boleh digunakan untuk mengkonfigurasi kamera untuk memaparkan imej
main semula dalam orientasi yang sama seperti kamera apabila imej ditangkap.
[MENU] * Tab “¥ SETTING” * File No. (No. Fail)
Gunakan prosedur berikut untuk menentukan peraturan yang mengawal penjanaan
nombor siri yang digunakan dalam nama fail (halaman 181).
Pengesanan Orientasi Imej dan Pemutaran Auto (Putar Auto)
On (Hidup)
Memutar imej yang dipaparkan mengikut orientasi kamera semasa
imej dirakamkan.
Off (Mati) Imej tidak diputar secara automatik.
Menentukan Peraturan Penjanaan Nombor Siri Nama Fail
(No. Fail)
Continue
(Teruskan)
Beritahu kamera untuk mengingati nombor fail terakhir yang
digunakan. Fail baru akan dinamakan menggunakan nombor jujukan
seterusnya, walaupun fail telah dipadam atau kad memori kosong
dimuatkan. Jika kad memori dimuatkan dan sudah ada fail di dalam
kad tersebut dan nombor jujukan terbesar dalam nama fail sedia ada
lebih besar daripada nombor jujukan terbesar yang diingati kamera,
penomboran fail baru akan bermula daripada nombor jujukan
terbesar dalam nama fail kad memori campur 1.
Reset (Set
Semula)
Mula semula nombor siri daripada 0001 apabila semua fail dipadam
atau apabila kad memori diganti dengan yang kosong. Jika kad
memori dimuat dan fail sudah ada dalam kad, penomboran fail baru
akan bermula daripada nombor jujukan terbesar dalam nama fail kad
memori campur 1.