User manual - EX10_M29_FB (Malay (macrolanguage))
17
Asas Mula Pantas
Asas Mula Pantas
Kamera CASIO anda penuh dengan pilihan ciri dan fungsi berkuasa untuk
memudahkan rakaman imej digital, termasuk fungsi utama berikut.
Apa yang anda boleh lakukan dengan kamera CASIO anda
Kelompok Pintar
Anda boleh menggunakan fungsi ini untuk menangkap
beberapa imej, menukar sedikit persediaan kamera
dengan setiap tangkapan.
Skrin Monitor Boleh Senget
Skrin monitor kamera boleh disengetkan ke atas
sehingga 180 darjah. Ini memudahkan anda
menggubah potret sendiri dan menangkap dari
sudut rendah.
Potret Sendiri Bebas Tangan
Anda boleh mengawal operasi pemasa sendiri dari jauh
dengan melambai tangan anda, yang memudahkan
anda menangkap potret sendiri dari jauh.
Filem Selang Masa
Anda boleh menggunakan fungsi ini untuk merakam
filem peristiwa sebenar yang berlaku, untuk melajukan
aliran trafik dalam pemandangan bandar, atau untuk
merakam jenis filem lain yang serupa.
Latar Belakang Kabur
Fungsi ini menganalisis letusan imej berturutan dan
kemudian mengaburkan latar belakang di belakang
subjek utama. Ini menghasilkan kesan yang benar-
benar menonjolkan subjek, sama seperti gambar yang
diambil dengan kamera refleks satu kanta.
*Lihat halaman 63 untuk maklumat lanjut.
180 darjah
90 darjah
*Lihat halaman 19 untuk maklumat lanjut.
*Lihat halaman 70 untuk maklumat lanjut.
*Lihat halaman 85 untuk maklumat lanjut.
*Lihat halaman 93 untuk maklumat lanjut.