User manual - EX10_M29_FB (Malay (macrolanguage))

167
Percetakan
. Menyambungkan Kamera pada Pencetak
Gunakan kabel USB mikro yang disertakan bersama kamera untuk menyambung
kamera pada port USB pencetak anda.
Untuk butiran tentang menyambungkan kamera dan langkah berjaga-jaga apabila
menyambungkan, lihat halaman 25.
Kamera tidak mengambil kuasa melalui kabel USB. Periksa paras bateri sebelum
menyambungkan dan pastikan bateri tidak lemah.
Pastikan kamera dimatikan sebelum menyambung atau menanggalkan kabel.
Semak dokumentasi pengguna yang diberikan bersama pencetak untuk
mendapatkan maklumat tentang keperluan sebelum menyambung atau
menanggalkannya daripada pencetak.
. Untuk mencetak
1. Hidupkan pencetak dan masukkan kertas.
2. Hidupkan kamera.
Ini akan memaparkan skrin menu cetak.
3. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Paper Size (Saiz Kertas)” dan
kemudian tekan [6].
4. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih saiz kertas dan kemudian tekan
[SET].
Berikut adalah saiz kertas yang tersedia.
3.5"×5", 5"×7", 4"×6", A4, 8.5"×11", By Printer (Ikut Pencetak)
Memilih “By Printer (Ikut Pencetak)” mencetak menggunakan saiz kertas yang
dipilih pada pencetak.
Lihat dokumen yang disertakan bersama pencetak anda untuk maklumat
mengenai tetapan kertas.
USB
Kabel USB mikro
(disertakan bersama kamera)
Port USB
Penyambung besar
Penyambung kecil