User manual - EX10_M29_FB (Malay (macrolanguage))

142
Fungsi Main Semula Lain (PLAY MENU)
2. Lakukan salah satu operasi berikut bagi membuka kad memori atau
memori terbina dalam.
Ini akan menyebabkan kamera dikenal pasti oleh komputer anda sebagai Cakera
Boleh Dialih Keluar (Pemacu).
Windows
Windows 8: Desktop * Explorer
Windows 7, Windows Vista: Start * Computer
Windows XP: Start * My Computer
Dwiklik “Removable Disk”.
•Macintosh
Dwiklik ikon pemacu kamera.
3. Cipta folder dengan nama “SSBGM”.
4. Dwiklik folder “SSBGM” yang anda cipta dan salin fail muzik latar
belakang kepadanya.
Lihat dokumentasi pengguna yang dibekalkan bersama komputer anda untuk
maklumat tentang mengalihkan, menyalin dan memadam fail.
Jika muzik latar belakang ada dalam memori terbina dalam dan kad memori
yang dimasukkan ke dalam kamera, fail pada kad memori akan diutamakan.
Lihat halaman 182 untuk maklumat tentang folder kamera.
5. Putuskan sambungan kamera daripada komputer (halaman 176, 179).
[p] (MAIN) * Skrin Filem * [MENU] * Tab “p PLAY MENU” *
MOTION PRINT
1. Gunakan [4] dan [6] untuk menatal bingkai filem dam memaparkan
bingkai yang mahu digunakan sebagai imej bagi imej CETAKAN
GERAKAN.
Menekan dan menahan [4] atau [6] akan menatal dengan laju.
Anda juga boleh melaksanakan operasi ini menggunakan gelang fungsi.
2. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Create (Cipta)” dan kemudian
tekan [SET].
Hanya bingkai filem yang dirakam pada kamera ini boleh digunakan dalam
imej CETAKAN GERAKAN.
Mencipta Syot Kilat Bingkai Filem (CETAKAN GERAKAN)