User manual - EX10_M29_FB (Malay (macrolanguage))
121
Tetapan Lanjutan (REC MENU)
Masuk ke Mod RKM * [MENU] * Tab “
r
REC MENU” *
AF Assist Light (Lampu Bantuan AF)
Menekan separuh butang pengatup semasa seting ini dipilih
akan menyebabkan lampu hadapan menyala, yang
memberikan pencahayaan untuk fokus di kawasan yang
cahayanya malap. Membiarkan fungsi ini dimatikan
disarankan apabila merakam potret dari jarak dekat, dsb.
• Jangan melihat secara terus kepada lampu hadapan ketika ia menyala.
• Pastikan jari anda tidak menutup lampu hadapan.
Masuk ke Mod RKM * [MENU] * Tab “
r
REC MENU” *
Review (Semak Semula)
Semasa Semak Semula diaktifkan, kamera akan memaparkan imej selama satu saat
dengan serta-merta selepas ia dirakam. Nota, bagaimanapun, imej itu kekal pada
skrin monitor hanya apabila pilihan “Type 4 (Jenis 4)” dipilih.
• Apabila merakam dengan sesetengah fungsi sementara “Type 1 (Jenis 1)” dipilih
untuk “Review (Semak Semula)” akan menyebabkan mesej “Busy... Please wait...
(Sedang sibuk... Sila tunggu...)” muncul selepas anda menekan butang pengatup.
Perakaman imej lain dinyahdayakan semasa mesej ini dipaparkan.
Tunggu sebentar sehingga proses yang dijalankan selesai.
• Imej Semak mungkin tidak muncul apabila merakam dengan sesetengah mod
rakaman.
• Apabila merakam dengan “Intelligent Bracketing (Kelompok Pintar)”, “High Speed
CS (CS Berkelajuan Tinggi)”, atau “AF CS” atau “Triple Shot (Syot Tigaan)”, imej
Semak dipaparkan sebagai “Type 2 (Jenis 2)” jika “Type 1 (Jenis 1)” dipilih sebagai
jenis imej Semak.
Menggunakan Lampu Bantuan Auto Fokus
(Lampu Bantuan AF)
Menghidupkan Semak Semula Imej (Smk Semula)
Type 1 (Jenis 1) Memaparkan pandangan skrin penuh imej.
Type 2 (Jenis 2),
Type 3 (Jenis 3)
Memaparkan pandangan skrin separa imej. Perbezaan antara
Jenis 2 dengan Jenis 3 ialah cara imej muncul di paparan.
Type 4 (Jenis 4)
Memaparkan imej di sepanjang bahagian kanan dan bawah
skrin monitor. Imej terbaru sentiasa ditunjukkan di bahagian
atas kanan.
Off (Mati) Mematikan paparan imej semakan
Lampu hadapan