User manual - EX10_M29_FB (Malay (macrolanguage))

117
Tetapan Lanjutan (REC MENU)
Masuk ke Mod RKM * [MENU] * Tab “
r
REC MENU” *
AF Area (Kws AF)
Anda boleh menggunakan prosedur berikut untuk menukar kawasan pemeteran
Fokus Auto untuk rakaman syot kilat.
Apabila merakam filem, kawasan pemeteran AF sentiasa “U Spot (Titik)”.
Fokus Auto dinyahdayakan apabila “MF” (Fokus Manual) dipilih untuk mod fokus
(halaman 49), walaupun anda memilih kawasan AF.
Memilih “O Tracking (Penjejakan)” boleh menyebabkan getaran dan hingar
berlaku kerana operasi kanta semasa menjejak subjek. Ini tidak bermakna berlaku
kerosakan.
Dengan beberapa pemandangan BEST SHOT, terdapat batasan penggunaan
tetapan kawasan AF. Disebabkan ini, anda mungkin tidak dapat menggunakan
tetapan tertentu atau anda mungkin tidak dapat menentukan sebarang tetapan
Kawasan AF.
Menentukan Kawasan Auto Fokus (Kws AF)
Tetapan Penerangan
š Intelligent
(Pintar)
Kamera secara automatik menentukan titik fokus di skrin dan
memfokus di situ (AF cerdik).
Pengecaman muka (halaman 116) beroperasi secara automatik.
U Spot (Titik)
Mod ini mengambil bacaan kawasan kecil di tengah imej.
Tetapan ini sesuai digunakan bersama kunci fokus (halaman 51).
I Multi
Semasa anda menekan butang pengatup sehingga separuh
apabila tetapan ini dipilih, kamera akan memilih kawasan Auto
Fokus optimum daripada sembilan kemungkinan kawasan.
Bingkai fokus di kawasan yang difokus kamera akan dipaparkan
dalam warna hijau.
O Tracking
(Penjejakan)
Apabila anda menekan separuh butang pengatup semasa tetapan ini
dipilih, bingkai fokus akan mengikut pergerakan subjek.
U Spot (Titik)” atau
O Tracking (Penjejakan)”
Bingkai fokus
š Intelligent (Pintar)”
Bingkai fokus
I Multi”
Bingkai fokus