User's Manual Part 1
C-25
C
• Menghidupkan kamera akan menukarkan lampu operasi kamera dan pengawal ke hijau, 
dan memulakan sambungan teknologi wayarles Bluetooth antara kamera dan pengawal 
secara automatik. Suatu imej akan terpapar atas pengawal dan anda boleh merakam 
gambar sekarang.
• Sambungan antara kamera dan pengawal adalah dipengaruhi oleh orientasi dan jarak 
antara kedua-duanya.
• Julat maksimum untuk merakam gambar dengan butang pengatup pengawal adalah kira-
kira 10 meter. 
Julat maksimum untuk melihat imej pada skrin monitor pengawal adalah kira-kira 5 meter.
• Lampu operasi pengawal akan mengeluarkan kelipan hijau apabila sambungan menjadi 
lemah. Respons kamera mungkin menjadi lambat jika anda mengoperasikannya dalam 
keadaan sambungan yang lemah. Jika perkara ini berlaku, cuba 
selaraskan orientasi dan jarak antara kamera dengan pengawal.
• Jika jarak antara kamera dan pengawal menjadi terlalu jauh atau 
jika keadaan komunikasi menjadi tidak jelas semasa kamera dalam 
mod tidur, sambungan mungkin terputus antara kedua-duanya.
• Perhatikan peringatan tentang langkah berjaga-jaga di bawah 
untuk memastikan sambungan yang stabil antara kamera dan 
pengawal.
– Letakkan pengawal dalam keadaan menegak, dengan skrinnya 
dalam orientasi landskap (mendatar).
– Pastikan tiada objek menghalang pada bahagian belakang 
pengawal, yang dicetak dengan logo dan teks.
– Halakan bahagian belakang pengawal ke kamera.










