User’s Manual
20
ASUS Travelair AC
Leret ke kiri atau kanan untuk pergi ke foto
sebelumnya atau seterusnya.
Ketik untuk berkongsi fail
Berkongsi fail melalui Facebook atau e-mel
Anda boleh berkongsi fail media anda dari Travelair AC atau peranti mudah alih anda ke Facebook
atau e-mel.
NOTA: Pastikan bahawa peranti anda mempunyai sambungan Internet. Untuk butiran, rujuk bahagian
Connecting to the Internet (Menyambung ke Internet).
Berkongsi fail dari Travelair AC anda ke Facebook atau e-mel
Untuk berkongsi fail dari Travelair AC anda ke Facebook atau e-mel:
1. Pada skrin laman utama AiDrive, ketik Files (Fail).
2. Untuk memilih fail dari Travelair AC anda, ketik AiDrive > HDD > Share (Kongsi).
3. Ketik mana-mana folder ini bagi memilih fail untuk perkongsian: Documents (Dokumen),
Music (Muzik), Pictures (Gambar) dan Videos (Video).
4. Daripada senarai fail anda, ketik untuk memilih fail.
5. Ketik
untuk berkongsi fail anda melalui Facebook, Photos (Foto) atau Email ( E-mel).
NOTA: Apabila anda memilih Photos (Foto) sebagai pilihan perkongsian untuk fail anda, fail tersebut
disimpan ke Galeri pada peranti mudah alih anda.