User's Manual
53
3. Masukkan perkataan atau frasa dan klik butang Add (Tambah).
4. Klik Apply (Guna).
NOTA:
• Penapis Kata Kunci adalah berdasarkan pertanyaan DNS. Jika
klien rangkaian telah mengakses tapak web seperti http://www.
abcxxx.com,makatapakwebtidakakandisekat(cacheDNSdakan
sistem menyimpan tapak web yang dilawati sebelum ini). Untuk
menyelesaikan isu ini, kososngkan cache DNS sebelum menyediakan
Penapis Kata Kunci.
• Laman web termampat menggunakan pemampatan HTTP
tidak boleh ditapis. Halaman HTTPS juga tidak boleh disekat
menggunakan penapis kata kunci.
4.5.4 Penapis Perkhidmatan Rangkaian
Penapis Perkhidmatan Rangkaian menyekat pertukaran paket
LAN ke WAN dan mengehadkan klien rangkaian daripada
mengakses perkhidmatan web khusus seperti Telnet atau FTP.
Untuk menyediakan penapis Perkhidmatan Rangkaian:
1. Daripada panel navigasi, pergi ke tab Advanced Settings
(Tetapan Lanjutan) > Firewall (Tembok Api) > Network
Service Filter (Penapis Perkhidmatan Rangkaian.
2. Pada medan Dayakan Penapis Perkhidmatan Rangkaian,
pilih Yes (Ya).
3. Pilih jenis jadual Penapis. Black List (Senarai Hitam)
menyekat perkhidmatan rangkaian yang ditentukan.
White List (Senarai Putih) mengehadkan akses hanya ke
perkhidmatan rangkaian yang ditentukan.
4. Nyatakan hari dan masa apabila penapis akan diaktifkan.
5. Untuk menentukan Perkhidmatan Rangkaian untuk menapis,
masukkan IP Sumber, IP Destinasi, Liputan Port, dan Protokol.
6. Klik Apply (Guna).