User's Manual

38
4.2.3 Hala
Jika rangkaian anda menggunakan lebih daripada satu penghala
wayarles, anda boleh mengkongurasikan jadual penghalaan
untuk berkongsi perkhidmatan Internet yang sama.
NOTA: Kami mengesyorkan anda tidak menukar tetapan hala lalai
melainkan anda mempunyai pengetahuan lanjutan mengenai jadual
penghalaan.
Untuk mengkongurasikan jadual Penghalaan LAN:
1. Daripada panel navigasi, pergi ke tab Advanced Settings
(Tetapan Lanjutan) > LAN > Route (Hala).
2. Pada medan Enable static route (Dayakan hala statik), pilih
Yes (Ya).
3. Pada Static Route List (Senarai Hala Statik), masukkan
maklumat rangkaian titik akses atau nod lain. Tambah peranti
pada senarai.
4. Klik Apply (Guna).
4.2.4 IPTV
Penghala wayarles menyokong sambungan ke perkhidmatan IPTV
melalui ISP atau LAN. Tab IPTV memberikan tetapan kongurasi
yang diperlukan untuk menyediakan IPTV, VoIP, multisiar, dan UDP
untuk perkhidmatan anda. Hubungi ISP anda untuk maklumat
khusus mengenai perkhidmatan anda.