User's Manual

30
4.1.3 WDS(Penghubung)
Penghubung atau WDS (Sistem Pengedaran Wayarles)
membolehkan penghala wayarles ASUS anda untuk bersambung
ke titik akses wayarles lain secara eksklusif, mengelakkan peranti
wayarles lain atau stesen untuk mengakses penghala wayarles
ASUS anda. Ia juga boleh dianggap sebagai pengulang wayarles
di mana penghala wayarles ASUS anda berkomunikasi dengan
titik akses lain dan peranti wayarles lain.
Untuk menyediakan penghubung wayarles:
1. Daripada panel navigasi, pergi ke tab Advanced Settings
(Tetapan Lanjutan) > Wireless (Wayarles) > WDS.
2. Dalam medan Mod AP, pilih mana-mana pilihan ini:
• APSahaja: Nyahdaya fungsi Penghubung Wayarles.
• WDSSahaja: Mendayakan ciri Penghubung Wayarles
tetapi menghalang peranti/stesen wayarles lain daripada
bersambung ke penghala.
• HIBRID: Mendayakan ciri Penghubung Wayarles dan
membenarkan peranti/stesen wayarles lain bersambung ke
penghala.
NOTA: Dalam mod Hibrid, peranti wayarles bersambung dengan
penghala wayarles ASUS hanya akan menerima separuh kelajuan
sambungan Titik Akses.
3. Dalam medan Connect to APs in list (Sambung ke AP dalam
senarai) , klik Yes (Ya) jika anda ingin bersambung ke Titik
Akses yang disenarai dalam Senarai AP Jauh.
4. Penghala ditetapkan ke auto secara lalai untuk membenarkan
penghala memilih saluran dengan jumlah gangguan paling
sedikit secara automatik. Jika anda mahu mengubah suainya,
klik pautan untuk kembali ke halaman General (Am) bagi
mengubah suai pemilihan saluran.
NOTA: Ketersediaan saluran berbeza bagi setiap negara atau rantau.
5. Pada Senarai AP Jauh, masukkan alamat MAC untuk
memasukkan alamat MAC Titik Akses tersedia lain.