User's Manual

20
3.1.1 Menyediakan keselamatan wayarles
Untuk melindungi rangkaian wayarles anda daripada akses
yang tidak dibenarkan, anda perlu mengkongurasi tetapan
keselamatan penghala anda.
Untuk menyediakan tetapan keselamatan wayarles:
1. Daripada panel navigasi, pergi ke General (Am) > Network
Map (Peta Rangkaian).
2. Pada skrin Peta Rangkaian dan di bawah System status (Status
sistem), anda boleh mengkongurasikan tetapan keselamatan
wayarles seperti SSID, tahap keselamatan, dan tetapan
penyulitan.
3. Pada medan (SSID) Nama Rangkaian, masukkan nama unik
bagi rangkaian wayarles anda.
4. Daripada senarai jatuh bawah Authentication Method
(Kaedah Pengesahan), pilih kaedah pengesahan untuk
rangkaian wayarles anda.
PENTING! IEEE 802.11n/ac standard melarang menggunakan High
Throughput (Truhput Tinggi) dengan WEP atau WPA-TKIP sebagai sifer
unisiar. Jika anda menggunakan kaedah penyulitan ini, kadar data anda
akan merosot kepada sambungan IEEE 802.11g 54Mbps.
5. Masukkan anda (kunci laluan keselamatan).
6. Klik Apply (Guna) setelah selesai.
3.1.2 Menguruskan klien rangkaian anda
Untuk menguruskan klien rangkaian anda:
1. Daripada panel navigasi, pergi ke tab General (Am) > Network
Map (Peta Rangkaian)
2. Pada skrin Peta Rangkaian, pilih ikon Client (Klien) untuk
memaparkan maklumat rangkaian klien anda.