User's Manual
46
4 Mengkongurasikan Tetapan
Lanjutan
4.1 Wayarles
4.1.1 Umum
Tab Am membolehkan anda mengkongurasikan tetapan
wayarles asas.
Untuk mengkongurasi tetapan wayarles asas:
1. Daripada panel navigasi, pergi ke tab Advanced Settings
(Tetapan Lanjutan) > Wireless (Wayarles) > General (Am).
2. Pilih 2.4GHz atau 5GHz sebagai jalur frekuensi untuk rangkaian
wayarles anda.
3. Berikan nama unik yang mengandungi sehingga 32 aksara untuk
SSID (Pengecam Set Perkhidmatan) atau nama rangkaian untuk
mengenal pasti rangkaian wayarles anda. Peranti Wi-Fi boleh
mengenal pasti dan menyambung ke rangkaian wayarles melalui
SSID ditentukan anda. SSID pada panji maklumat dikemas kini
apabila SSID baru disimpan pada tetapan.
NOTA: Anda boleh menugaskan SSID unik untuk jalur frekuensi 2.4GHz dan
5GHz.