User's Manual
16
2.2. Menyediakan penghala anda menggunakan
Penyediaan Internet Pantas - Wizard Sambung
Pintar
Penyediaan Internet Pantas (QIS) Wizard Sambung Pintar menyambung
klien anda dalam rangkaian anda secara automatik ke jalur bersesuaian
(2.4GHz, 5GHz-1 atau 5GHz- 2 ) untuk kelajuan optimum.
Untuk menyediakan penghala anda menggunakan Penyediaan Internet
Pantas (QIS) - Wizard Sambung Pintar:
1. Tekan butang kuasa di belakang penghala anda. Pastikan Kuasa, LED
LAN dan WAN dihidupkan.
2. Lancarkan penyemak imbas web anda seperti Internet Explorer,
Firefox, Google Chrome, atau Safari.
NOTA: Jika QIS tidak dilancarkan secara automatik, masukkan http://192.168.1.1
atau http://router.asus.com dalam bar alamat dan segar semula penyemak
imbas sekali lagi.
3. Ciri Penyediaan Internet Pantas penghala wayarles (QIS) akan
mengesan secara automatik jika jenis sambungan ISP anda adalah
Dynamic IP (IP Dinamik), PPPoE, PPTP, L2TP, dan Static IP (IP
Statik). Sila dapatkan maklumat yang diperlukan mengenai jenis
sambungan Internet daripada Pembekal Perkhidmatan Internet (ISP)
anda. Jika jenis sambungan anda adalah IP Dinamik (DHCP), wizard QIS
akan mengarahkan anda ke langkah seterusnya secara automatik.
NOTA: Jika jenis sambungan anda adalah IP Statik, pilih Static IP (IP Statik) dan
klik Next (Seterusnya). Masukkan alamat IP, subnet mask, get laluan lalai dan
maklumat pelayan DNS yang diberikan oleh ISP anda. Klik Next (Seterusnya)
untuk meneruskannya.
4. Masukkan nama pengguna dan kata laluan untuk jenis sambungan
Internet anda yang anda peroleh daripada Pembekal Perkhidmatan
Internet (ISP).