User's Manual

Table Of Contents
81
3.18 VPN
Rangkaian Persendirian Maya (VPN) menyediakan komunikasi
selamat dengan komputer atau rangkaian jauh menerusi
rangkaian awam seperti Internet.
NOTA: Sebelum menyediakan sambungan VPN, anda memerlukan
alamat IP atau nama domain pelayan VPN.
Untuk menyediakan akses ke pelayan VPN:
1. Dari panel navigasi, pergi ke General (Am) > VPN.
2. Pada medan Enable PPTP VPN Server (Dayakan Pelayan
PPTP VPN), klik ON (HIDUP).
3. Pada senarai juntai bawah VPN Details (Butiran VPN),
pilih Advanced Settings (Tetapan Lanjutan) untuk
mengkonfigurasi tetapan VPN lanjutan seperti sokongan
siaran, pengesahan, Penyulitan MPPE dan julat alamat IP Klien.
4. Pada medan Network Place (Samba) Support (Sokongan
Tempat Rangkaian (Samba)), pilih Yes (Ya).
5. Masukkan nama pengguna dan kata laluan untuk mengakses
pelayan VPN. Klik
.
6. Klik Apply (Guna).