User's Manual

Table Of Contents
10
1.4 Menetapkan kedudukan penghala anda
Untuk mendapatkan prestasi rangkaian wayarles yang terbaik
daripada penghala wayarles anda, ikuti saranan di bawah:
Letakkan penghala wayarles di tengah-tengah rangkaian anda
untuk liputan wayarles yang maksimum.
Pastikan peranti berada jauh dari sekatan logam dan jauh dari
cahaya matahari langsung.
Pastikan peranti berada jauh dari peranti Wi-Fi 802.11g atau
20MHz sahaja, persisian komputer 2.4GHz, peranti Bluetooth,
telefon tanpa kord, pengubah, motor tugas berat, lampu
pendarfluor, ketuhar gelombang mikro, peti sejuk, dan
peralatan industri lain untuk menghalang gangguan atau
kehilangan isyarat.
Sentiasa kemas kini ke perisian tegar yang terkini. Lawati laman
web ASUS di http://www.asus.com untuk mendapatkan
kemas kini perisian tegar yang terkini.
Untuk memastikan isyarat wayarles terbaik, sesuaikan empat
antena boleh tanggal seperti yang ditunjukkan dalam lukisan
di bawah.