User's Manual
Table Of Contents
- 1 Mengenali penghala wayarles anda
- 2 Bermula
- 3 Mengkonfigurasikan Tetapan Umum Pusat Permainan ROG
- 4 Mengkonfigurasikan Tetapan Lanjutan
- 5 Utiliti
- 6 Menyelesai Masalah
- Lampiran
94
4.6.2 Menggunakan Pusat Pelayan
Pusat Pelayan membolehkan anda berkongsi fail media daripada
cakera USB melalui direktori Pelayan Media, perkhidmatan
perkongsian Samba, atau perkhidmatan perkongsian FTP. Anda
juga boleh mengkonfigurasi tetapan lain untuk cakera USB dalam
Pusat Pelayan.
Menggunakan Pelayan Media
Penghala wayarles anda membolehkan peranti disokong UPnP
untuk mengakses fail multimedia daripada cakera USB yang
disambungkan ke penghala wayarles anda.
NOTA: Sebelum menggunakan fungsi Pelayan Media UPnP,
sambung peranti anda ke rangkaian GT-AC5300.
Untuk melancarkan halaman tetapan Pelayan Media, pergi ke
tab Advanced Settings (Tetapan Lanjutan) > USB application
(Aplikasi USB) > Media Server (Pelayan Media).
• Dayakan Pelayan iTunes?: Pilih HIDUP/MATI untuk
mendayakan / nyahdaya Pelayan iTunes.
• Dayakan Pelayan Media UPnP: Pilih HIDUP/MATI untuk
mendayakan / nyahdaya Pelayan Media UPnP.
• Status Pelayan Media: Memaparkan status pelayan media.