User's Manual

Pemain media ASUS O!Play MINI
L-3
Apabila kami bercakap mengenai perisian percuma, kami merujuk kepada
kebebasan, bukan harga. Lesen Umum Orang Awam kami direka untuk
memastikan anda mempunyai kebebasan untuk mengedar salinan perisian
percuma (dan mengecaj untuk perkhidmatan ini jika anda mahu), bahawa anda
menerima kod sumber atau boleh mendapatkannya jika anda mahu, bahawa anda
boleh menukar perisian atau menggunakan sebahagian daripadanya di dalam atur
cara baru yang percuma; dan oleh itu anda tahu anda boleh melakukan ini.
Untuk melindungi hak anda, kami perlu membuat sekatan yang melarang
sesiapa untuk menolak hak ini atau meminta anda menyerahkan hak. Sekatan ini
menterjemah kepada beberapa tanggungjawab untuk anda jika anda mengagihkan
salinan perisian, atau jika anda mengubah suainya.
Sebagai contoh, jika anda mengagihkan salinan seperti atur cara, sama ada
percuma atau berbayar, anda mesti memberi penerima semua hak yang anda
ada. Anda mesti memastikan mereka juga, menerima atau boleh mendapat kod
sumber. Dan anda mesti menunjukkan kepada mereka terma ini agar mereka
mengetahui hak mereka.
Kami melindungi hak anda dengan dua langkah: (1) hak cipta perisian, dan
(2) menawarkan anda lesen ini yang memberikan anda kebenaran sah untuk
menyalin, mengedar dan/atau mengubah suai perisian.
Juga, untuk setiap perlindungan pencipta dan juga kami, kami mahu memastikan
bahawa setiap orang memahami bahawa tiada waranti untuk perisian percuma
ini. Jika perisian diubah suai oleh seseorang dan mengedarkannya, kami mahu
penerimanya tahu bahawa apa yang mereka ada bukanlah asli, agar sebarang
masalah yang ditimbulkan oleh orang lain tidak akan memberi kesan kepada
reputasi pencipta asalnya.
Akhir sekali, sebarang atur cara percuma diancam secara berterusan oleh paten
perisian. Kami mahu mengelakkan bahaya pengedaran semula atur cara percuma
di mana secara individu mendapatkan lesen paten, sebagai kesan menjadikan atur
cara sebagai empunya. Untuk mengelakkan ini, kami telah menjelaskan bahawa
sebarang paten mesti dilesenkan untuk penggunaan bebas setiap orang atau tidak
dilesenkan sama sekali.
Terma dan syarat yang tepat bagi menyalin, mengedar dan mengubah suai seperti
berikut.
Terma & syarat untuk menyalin, mengedar & mengubah suai
0. Lesen ini digunakan pada sebarang atur cara atau kerja lain yang
mengandungi notis yang ditempatkan oleh pemegang hak cipta yang
menyatakan ia mungkin diagihkan di bawah terma Lesen Umum Orang
Awam ini. "Atur cara", di bawah, merujuk kepada sebarang atur cara atau
kerja, dan "kerja berdasarkan Atur cara" bermakna sama ada Atur cara atau
sebarang kerja terbitan di bawah undang-undang hak cipta: untuk dikatakan,
kerja yang mengandungi Atur cara atau sebahagian daripadanya, sama ada
kata demi kata atau dengan pengubahsuaian dan/atau diterjemahkan ke
dalam bahasa lain. (Kemudian daripada ini, terjemahan dimasukkan tanpa
pengehadan di dalam terma “pengubahsuaian”.) Setiap lesen dinyatakan
sebagai "anda".