User's Manual

Pemain media ASUS O!Play MINI
3-5
Q2. Mengapakah saya perlu menunggu lama untuk memasukkan
skrin Filem, Muzik, atau Foto daripada Skrin utama?
Apabibila anda menyambung peranti simpanan USB baru, pemacu cakera
keras atau kad memori, pemain media HD anda akan mengimbas dan
mengindeks fail yang disimpan pada peranti ini secara automatik berdasarkan
pada cetakan tarikh fail. Ia menghalang anda daripada memasuki skrin Movies
(Filem), Music (Muzik), atau Photo (Foto) daripada Skrin utama.
Untuk menyahdaya fungsi indeks dan memasuki skrin Movies (Filem), Music
(Muzik), atau Photo (Foto), tekan kekunci Henti dan menavigasi ke File
Manager (Pengurus Fail) untuk mengimbas semua fail media dalam peranti
anda.
Untuk menyahdaya fungsi auto imbas, pergi ke Setup (Persediaan) > System
(Sistem) > Scan Storage (Imbas Penyimpanan) > Auto Scan Off (Imbas Auto
Mati).
Q3. Masa salin fail tidak betul.
Apabila anda menggunakan fungsi fail salin pemain media, ia mungkin tidak
merekod dan mungkin tidak memaparkan masa yang betul fail itu disalin ke
pemain media anda.
Maklumat Tambahan
Di mana saya boleh mencari lebih banyak maklumat mengenai
pemain media HD?
Manual Pengguna dalam CD sokongan
Untuk maklumat selanjutnya mengenai menggunakan ciri pemain media
HD anda, rujuk pada manual pengguna yang disertakan dalam CD
sokongan.
Laman Sokongan ASUS
Muat turun peralatan tegar, pemacu dan utiliti terkini daripada laman
Sokongan ASUS di
http://support.asus.com
.