User's Manual

Bab 3: Penyelesaian Masalah
3-4
Kawalan Jauh
S1. Kawalan jauh pemain media tidak berfungsi.
Pastikab bahawa bateri dimasukkan dengan betul.
Bateri mungkin sudah habis. Gantikan bateri dengan yang baru.
Pastikan bahawa laluan di antara kawalan jauh dan pemain media tidak
disekat.
Kemas Kini Peralatan Tegar
S1. Apakah versi peralatan tegar yang saya ada? Bagaimana saya
boleh menaikkan taraf?
Semak versi peralatan tegar sebelum proses naik taraf. Jika peralatan
tegar adalah yang terkini, anda tidak perlu mengemas kini peralatan tegar.
Pergi ke Firmware Upgrade (Kemas Kini Firmware) > USB upgrade
(Kemas kini USB) untuk melaksanakan proses naik taraf peralatan tegar.
Pergi ke Setup (Persediaan) > Firmware Upgrade (Kemas Kini
Firmware) > Version Info (Info Versi) untuk mencari versi rmware.
Jika anda masih tidak dapat mengemas kini peralatan tegar, tetapkan
semula sistem dan laksanakan proses kemas kini sekali lagi.
Manual kemas kini peralatan tegar tersedia dalam fail PDF (termasuk di
dalam folder peralatan tegar yang dikemas kini). Lawati laman bantuan
ASUS di http://support.asus.com/ untuk butiran selanjutnya.
Jika peranti O!Play HD2 ditutup atau dimatikan kuasa semasa pemasang
perisian, kemas kini akan gagal. Jika O!Play HD2 tidak boleh dihidupkan,
anda perlu menetapkan semula peranti. Ia akan memulihkan semula
peranti kembali ke tetapan lalainya. Kemas kini peralatan tegar boleh
dicuba sekali lagi pada waktu ini.
Kegagalan operasi/fungsi
S1. Kegagalan operasi/fungsi pada pemain media HD saya. Apa yang
boleh saya lakukan?
Cabutkan penyesuai AC daripada sumber kuasa, kemudian
sambungkannya sekali lagi.
Dengan menggunakan objek tajam, tekan butang tetap semula terletak
di panel belakang.
Jika anda masih menghadapi masalah yang sama, hubungi Bantuan
Teknikal ASUS.