User's Manual

3-1
Paparan
S1. Pemain media tidak berfungsi. Anda rasa bahawa masalahnya
mungkin penyesuai kuasa pemain media.
Penyesuai kuasa pemain media mungkin menjalankan fungsi
perlindungan lebih muatan — menutup secara automatik semasa keadaan
terlebih muatan, seperti Terlebih Arus, Terlebih Voltan, dan Terlebih Suhu.
Cabutkan sambungan penyesuai kuasa pemain media dan tunggu
beberapa minit sebelum anda memasukkan semula penyesuai kuasa
secara terus ke alur luar. Hidupkan pemain media sekali lagi.
Jika masalah berterusan, hubungi peruncit anda.
S2. Skrin TV kosong dan kuasa LED pemain media masih tertutup.
Pastikan TV dihidupkan.
Pastikan bahawa penyesuai kuasa pemain media dan alur keluar kuasa
berfungsi.
Pastikan bahawa palam penyesuai kuasa pemain media dimasukkan
dengan kuat pada panel belakang dan ke alur keluar kuasa.
S3. Saya tidak boleh melihat Wizard Persediaan apabila saya
menghidupkan pemain untuk kali pertama. Skrin TV kosong dan
kuasa LED pemain media masih terbuka.
Pastikan TV dihidupkan.
Pastikab bahawa kabel AV/HDMI disambungkan dengan betul ke terminal
yang betul pada kedua-dua TV dan pemain media.
Pastikan bahawa TV anda ditukarkan ke sumber video sewajarnya (AV
IN atau HDMI). Anda perlu menggunakan Kawalan Jauh TV anda untuk
menukar sumber video.
Penyelesaian Masalah
Bahagian ini menyediakan jawapan ke beberapa masalah lazim yang anda
mungkin hadapi semasa memasang atau menggunakan pemain media ASUS
O!Play HD2. Masalah ini memerlukan penyelesaian masalah mudah yang
anda boleh laksana dengan sendiri. Hubungi Bantuan Teknikal ASUS jika anda
mengalami masalah yang tidak disebutkan di dalam bahagian ini.
Bab 3
Penyelesaian Masalah