User's Manual
Table Of Contents
- 1 Mengenali penghala wayarles anda
- 2 Membuat rangkaian anda
- 3 Pengkonfigurasian rangkaian menggunakan GUI web
- Melog masuk ke GUI web (Antara Muka Pengguna Grafik)
- Menyediakan tetapan keselamatan wayarles
- Mengurus klien rangkaian anda
- Memantau peranti USB anda
- Membuat Rangkaian Tetamu anda
- Menggunakan Pengurus Trafikr
- Menggunakan Aplikasi USB
- Menggunakan Pusat Pelayan
- Mengkonfigurasi tetapan Lanjutan
- Menyediakan pencetak rangkaian anda
- 4 Menggunakan utiliti
- 5 Menyelesai Masalah
- Lampiran
35
Mengkongurasi tetapan Lanjutan
Menyediakan Pelayan DHCP
Penghala wayarles anda menggunakan DHCP untuk memberikan
alamat IP secara automatik pada rangkaian anda. Anda boleh
menyatakan julat alamat IP dan masa pengeluaran untuk klien
pada rangkaian anda.
Untuk menyediakan pelayan DHCP:
1. Klik LAN pada panel navigasi kiri.
2. Klik tab DHCP Server (Pelayan DHCP).
3. Dalam medan Enable the DHCP Server (Dayakan Pelayan
DHCP), tandakan Yes (Ya).
4. Dalam medan IP Pool Starting Address (Alamat Permulaan
Kumpulan IP), masukkan alamat IP permulaan.
5. Dalam medan IP Pool Ending Address (Alamat Akhir
Kumpulan IP), masukkan alamat IP akhir.
6. Dalam medan Lease Time (Masa Pajakan), nyatakan dalam
saat bila alamat IP yang diuntukkan akan tamat tempoh. Sebaik
sahaja ia mencapai had masa ini, pelayan DHCP kemudiannya
akan menguntukkan alamat IP yang baru.
• ASUS mengesyorkan anda menggunakan format alamat IP
192.168.1.xxx (xxx boleh menjadi sebarang nombor antara 2
dan 254) apabila menentukan julat alamat IP.
• Alamat Permulaan Kumpulan IP tidak boleh lebih daripada
Alamat Penamatan Kumpulan IP.