User's Manual
Table Of Contents
32
Lampu “Link” (Pautan) Modem ADSL MENYALA (stabil
dan tidak berkelip) dan bermaksud akses Internet boleh
diwujudkan, tetapi saya masih tidak boleh menyemak imbas
Internet.
• Mulakan semula komputer anda.
• Periksa sama ada LED Terwujud pada penghala wayarles
dihidupkan.
• Periksa tetapan penyulitan wayarles.
• Periksa sama ada komputer boleh mendapatkan alamat
IP (menggunakan kedua-dua sambungan berwayar atau
wayarles).
• Periksa bahawa penyemak imbas web anda dikongurasi
untuk menggunakan LAN setempat dan bukan
dikongurasi untuk menggunakan pelayan proksi.
Jika lampu “LINK” (PAUTAN) ADSL berkelip-kelip secara
berterusan atau kekal tidak bernyala, akses Internet tidak
boleh diwujudkan - Penghalanya gagal mewujudkan
sambungan dengan rangkaian ADSL.
• Pastikan bahawa semua kabel anda disambungkan dengan
betul.
• Tanggalkan kord kuasa dari ADSL atau modem kabel,
tunggu selama beberapa minit, kemudian sambungkan
semula kordnya.
• Jika lampu ADSL terus berkelip atau kekal TIDAK BERNYALA,
hubungi pembekal perkhidmatan Internet anda.
Terlupa nama rangkaian atau kunci penyulitan
• Sediakan sambungan berwayar dan kongurasi semula
tetapan keselamatan wayarles.
• Tekan butang Reset (Tetap semula) di belakang panel
penghala wayarles selama lebih dari lima saat.