User's Manual

Table Of Contents
94
Untuk menyediakan penapis Perkhidmatan Rangkaian:
1. Daripada panel navigasi, pergi ke tab Advanced Settings
(Tetapan Lanjutan) > Firewall (Tembok Api) > Network
Service Filter (Penapis Perkhidmatan Rangkaian.
2. Pada medan Dayakan Penapis Perkhidmatan Rangkaian, pilih
Yes (Ya).
3. Pilih jenis jadual Penapis. Black List (Senarai Hitam) menyekat
perkhidmatan rangkaian yang ditentukan. White List (Senarai
Putih) mengehadkan akses hanya ke perkhidmatan rangkaian
yang ditentukan.
4. Nyatakan hari dan masa apabila penapis akan diaktifkan.
5. Untuk menentukan Perkhidmatan Rangkaian untuk menapis,
masukkan IP Sumber, IP Destinasi, Liputan Port, dan Protokol.
Klik butang .
6. Klik Apply (Guna).
4.6 Pentadbiran
4.6.1 Sistem
Halaman System (Sistem) membolehkan anda
mengkongurasikan tetapan penghala anda.
Untuk menyediakan tetapan Sistem:
1. Daripada panel navigasi, pergi ke tab Advanced Settings
(Tetapan Lanjutan) > Administration (Pentadbiran) >
System (Sistem).
2. Anda boleh mengkongurasi tetapan berikut:
Ubah kata laluan log masuk penghala: Anda boleh
menukar kata laluan dan nama log masuk penghala wayarles
dengan memasukkan nama dan kata laluan baru.