User's Manual

Table Of Contents
77
penghala, televisyen, sistem stereo, konsol permainan, dan
telefon selular) untuk dikawal melalui rangkaian berasaskan
IP dengan atau tanpa kawalan pusat melalui get laluan.
UPnP menyambungkan PC semua betuk faktor, memberikan
rangkaian tak berkelim untuk kongurasi jauh dan
pemindahan data. Menggunakan UPnP, peranti rangkaian
baru ditemui secara automatik. Apabila bersambung ke
rangkaian, peranti boleh dikongurasikan untuk menyokong
aplikasi P2P, permainan interaktif, persidangan video, dan
web atau pelayan proksi. Tidak seperti Pemajuan Port, yang
melibatkan kongurasi tetapan port secara manual, UPnP
secara mengkongurasikan penghala secara automatik untuk
menerima sambungan masuk dan mengarahkan permintaan
ke PC khusus pada rangkaian setempat.
802.1Q
Dayakan: Pilih Ya untuk mendayakan VLAN dan tetapkan ID
VLAN yang diberikan oleh penyedia perkhidmatan IPTV anda.
Tetapan WAN DNS
Sambung ke Pelayan DNS secara automatik: Benarkan
penghala ini untuk mendapatkan alamat IP DNS daripada
ISP secara automatik. DNS adalah hos pada Internet yang
menterjemahkan nama Internet ke alamat IP angka.
Pilihan DHCP
Pilihan 60: Pelayan DHCP menyemak atribut pilihan 60
untuk menentukan sama ada Klien yang telah menghantar
permintaan memenuhi kriteria bagi memperoleh alamat
IP. Jika ya, Pelayan DHCP akan membalas mesej Tawaran
DHCP bagi menetapkan alamat IP. Jika tidak, Pelayan
DHCP mengabaikan permintaan tersebut. ISP anda boleh
mematikan fungsi semakan pilihan 60 bagi Pelayan DHCP.
Jika fungsi ini dimatikan, Pelayan DHCP akan membalas
permintaan Klien tanpa mengira pilihan 60 sepadan atau
tidak.