User's Manual
Table Of Contents
- 1 Mengenali penghala wayarles anda
- 2 Bermula
- 3 Mengkonfigurasikan Tetapan Umum
- 4 Mengkonfigurasikan Tetapan Lanjutan
- 5 Utiliti
- 6 Menyelesai Masalah
- Lampiran
115
6.2 Soalan Lazim (FAQ)
Saya tidak dapat mengakses GUI penghala menggunakan
penyemak imbas web.
• Jika komputer anda diwayarkan, periksa sambungan kabel
Ethernet dan status LED seperti yang diterangkan dalam
bahagian sebelum ini.
• Pastikan anda menggunakan maklumat log masuk yang betul.
Nama log masuk dan kata laluan kilang lalai adalah “admin/
admin”. Pastikan kunci Huruf Besar dinyahdaya semasa anda
memasukkan maklumat log masuk.
• Padam kuki dan fail dalam penyemak imbas anda. Untuk
Internet Explorer, ikuti langkah ini:
1. Lancarkan Internet Explorer
anda, kemudian klik Tools
(Alatan) > Internet Options
(Pilihan Internet).
2. Pada tab General (Umum),
di bawah Browsing history
(Sejarah Semak Imbas),
klik Delete (Padam), pilih
Temporary Internet les
and website les (fail
Internet Sementara dan
fail laman web) serta
Cookies and website data
(Data kuki dan laman web),
kemudian klik Delete (Padam).
NOTA:
• Arahan untuk memadam kuki dan fail berbeza mengikut penyemak
imbas web.
• Nyahdayakan tetapan pelayan proksi, keluarkan sebarang
sambungan dail naik, dan tetapkan tetapan TCP/IP untuk
menapatkan alamat IP secara automatik. Untuk mendapatkan
butiran lanjut, Untuk butiran lanjut, rujuk Bab 1 manual pengguna
ini.
• Pastikan anda menggunakan kabel ethernet CAT5e atau CAT6.