User's Manual
51
Perkhidmatan DDNS ASUS
Penghala Modem WiFi ASUS DSL-AC88U menyokong
perkhidmatan DDNS ASUS. Jika anda telah mendaftar untuk
perkhidmatan DDNS ASUS tetapi perlu menukar peranti di
pusat perkhidmatan, maklumkan pusat perkhidmatan bahawa
anda mahu menyimpan nama domain yang asal dan kekalkan
perkhidmatan DDNS. Lawati pusat perkhidmatan setempat anda
untuk mendapatkan maklumat lanjut.
• Jikatiadaaktivitidalamdomain-sepertimengkongurasi
penghala atau mengakses nama domain berdaftar - dalam
masa 90 hari, sistem memadamkan maklumat pendaftaran
secara automatik.
• Jikaandamengalamisebarangmasalahataukesulitan
menggunakan peranti anda, hubungi pusat perkhidmatan.
Soalan Lazim (FAQ)
1. Adakah maklumat yang didaftarkan akan hilang atau
didaftarkan oleh orang lain?
Jika anda belum mengemas kini maklumat berdaftar dalam
masa 90 hari, sistem akan memadamkan maklumat berdaftar
secara automatik dan nama domain boleh didaftarkan oleh
orang lain.
2. Saya tidak mendaftar DDNS ASUS untuk penghala yang
saya beli enam bulan yang lalu. Adakah saya masih boleh
mendaftarkannya?
Ya, anda masih boleh mendaftarkan perkhidmatan DDNS ASUS
untuk penghala anda. Perkhidmatan DDNS dibenamkan dalam
penghala anda, jadi anda boleh mendaftarkan perkhidmatan
DDNS ASUS pada bila-bila masa. Sebelum mendaftarkan,
klik Query (Tanya) untuk memeriksa sama ada nama hos
telah didaftarkan atau belum. Jika nama hos tersedia, sistem
mendaftarkan nama hos secara automatik.