User's Manual

81
PENTING! Menetapkan nilai rendah boleh melemahkan pertahanan penghala
modem xDSL anda terhadap hingar talian dan boleh menyebabkan kehilangan
atau kegagalan penyegerakan VDSL.
• UntuksambunganVDSLyanglebihstabil,tetapkaniteminikepada
nilai yang lebih tinggi seperti 9dB ~ 30dB.
Tx Power Control (Kawalan Kuasa Tx) (VDSL): Ia membenarkan
anda mengkongurasi Kuasa Tx untuk VDSL meningkatkan kelajuan
hiliran. Nilai Kuasa Tx yang renadh meningkatkan kelajuan hiliran tetapi
menjejaskan kelajuan huluan dan begitu juga sebaliknya.
• Rx AGC GAIN Adjustment (Pelarasan GANDAAN AGC Rx) (VDSL):
Membenarkan anda mengkongurasi GANDAAN AGC Rx (Kawalan
Gandaan Auto) untuk talian VDSL anda. Anda boleh menetapkan item
ini ke mana-mana mod ini:
• Stable (Stabil): Pilih mod ini untuk mendapatkan sambungan VDSL yang
stabil.
• High Performance (Prestasi Tinggi): Pilih mod ini untuk meningkatkan
kelajuan hiliran semasa.
• Default (Lalai): Pilih mod ini untuk penghala modem xDSL anda
menugaskan mod yang sesuai secara automatik untuk talian VDSL anda.
• UPBO/Upstream Power Back O (Pengunduran Kuasa
Huluan) (VDSL): Item ini membenarkan anda mendayakan atau
menyahdayakan UPBO (Pengunduran Kuasa Huluan) untuk VDSL.
DSLAM (Pemultipleks Akses Talian Pelanggan Digital) menggunakan
UPBO untuk mengurangkan Kuasa Tx bagi penghala modem xDSL
anda. Dalam sesetengah kes, UPBO mengawal daripada DSLAM boleh
membawa kepada masalah penyegerakan, seperti Kuasa Tx terlalu
lemah untuk menyegerak pada kadar minimum. Nyahdayakan item ini
untuk menghalang sebarang masalah penyegerakan berkaitan DSLAM.
• Seamless Rate Adaptation (Adaptasi Kadar Tidak Berkelim): Item
ini membenarkan SRA (Adaptasi Kadar Tak Berkelim) untuk kadar
pemindahan data konsisten dan mengelakkan sambungan tercicir.
Anda boleh menyahdayakan item ini apabila sambungan anda sangat
stabil dan terdapat penurunan pada kelajuan muat turun atau muat
naik.
• Bitswap: Item ini membenarkan anda mendayakan Bitswap, yang
melaras bit yang diperuntukkan untuk tong/saluran. Tong/saluran
yang sibuk atau sesak ditugaskan kurang bit semasa saluran tersedia
diperuntukkan lebih banyak bit untuk dikendalikan.
• VDSL Prole (Prol VDSL): Item ini membenarkan anda
mengkongurasi Prol VDSL. Nilai lalai ialah berbilang mod 30a.
NOTA: Untuk sesetengah ISP dengan tetapan penyegerakan VDSL DSLAM
berbilang mod 30a tidak standard, seperti untuk perkhidmatan ISP di Jerman,
tetapkan Prol VDSL kepada berbilang mod 17a untuk menyegerakkan talian
VDSL.