User's Manual
55
• Tetapkan pengasingan AP: Item Tetapkan pengasingan Ap
menghalang peranti wayarles pada rangkaian anda daripada
berkomunikasi dengan antara satu sama lain. Ciri ini berguna
jika ramai tetamu menyertai atau meninggalkan rangkaian
annda secra kerap. Pilih Yes (Ya) untuk mendayakan ciri ini
atau pilih No (Tidak) untuk menyahdayakan.
• Dayakan Pengintipan IGMP: Pilih Enable (Dayakan)
sebagai nilai lalai bagi membantu meningkatkan kelajuan
penghantaran.
• Julat Berbilang (Mbps): Pilih julat penghantaran
multisiar atau klik Disable (Nyahdaya) untuk mematikan
penghantaran tunggal secara serentak.
• Ambang RTS: Pilih nilai terendah untuk Ambang RTS
(Meminta untuk Dihantar) untuk memperbaiki komunikasi
wayarles dalam rangkaian wayarles sibuk atau bising dengan
trak rangkaian tinggi dan pelbagai peranti wayarles.
• Jarak Waktu DTIM: Jarak Waktu DTIM (Mesej Menunjukkan
Lalu Lintas Penghantaran) atau Julat Data Isyarat adalah jarak
masa sebelum isyarat dihantar ke peranti wayarles dalam
mod tidur menunjukkan bahawa paket data menunggu
penghantaran. Nilai lalai adalah tiga milisaat.
• Jarak Waktu Isyarat: Jarak Waktu Isyarat adalah masa antara
satu DTIM dan seterusnya. Nilai lalai adalah 100 milisaat.
Rendahkan nilai Jarak Waktu Isyarat untuk sambungan
wayarles tidak stabil atau untuk peranti perayauan.
• Mendayakan Pecahan TX:MendayakanPecahanTX
memperbaiki kelajuan penghantaran di antara xDSL
penghala wayarles dan peranti 802.11g.
• Enable Packet Aggregation (Dayakan Pengagregatan
Paket): Nilai lalai mendayakan proses menyertai berbilang
paket bersama dalam unit penghantaran tunggal.
• Mendayakan WMM APSD: Mendayakan WMM APSD
(Penghantaran Jimat Kuasa Automatik Multimedia Wi-Fi)
untuk memperbaiki pengurusan kuasa di antara peranti
wayarles. Pilih Disable (Nyahdaya) untuk mematikan WMM
APSD.